Aku Suka Kalau Semua Pesalah 1MDB Kena Tangkap -Afdlin Shauki

KUALA LUMPUR –  Pelakon dan pelawak terkenal Malaysia, Afdlin Shauki mengesa semua pesalah 1MDB ditangkap dan diadili.

 

Menurutnya, beliau berasa gembira sekira pesalah-pesalah tersebut ditangkap dan aset negara dipulangkan kembali kepada rakyat.

 

“Aku suka kalau semua pesalah 1MDB ken tangkap dan di bawa dan di bawa ke muka pengadilan dan i am happy yang kalau aset negara dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya.

 

Tambah beliau lagi,  Pihak Amerika Syarikat tidak boleh dipercayai kerana seringkali memberikan informasi yang salah apabila mereka mahukan sesuatu dan memberi contoh insiden yang berlaku di Iraq adalah gara-gara campur tangan.

 

Menurutnya lagi, walaupun dia seorang penghibur, tapi beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan mahukan yang terbaik untuk negara.

 

“Saya bukan penghibur yang tidak ada latar belakang pelajaran, jadi saya mahukan yang terbaik untuk negara kita semua.

 

“Aku pun sakit bayar GST setiap hari tapi aku dah pergi tengok dengan mata sendiri kenhancuran sebuah negara makmur jika kita bagi ruang kepada US memasuki sini.” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.