Warga Emas Maut Tercekik Dodol Ketika Hari Raya Pertama

Ayer Keroh – Seorang warga emas K Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru di Melaka, pada Jumaat lepas.

 

Kejadian itu disedari isteri mangsa, S Santhaletchmy, 66, selepas mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera pada kira-kira 10 pagi hari tersebut.

 

Santhaletchmy berkata dia kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol tersebut dengan menggunakan jari.

 

“Dodol itu saya beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Pada mulanya saya nasihat (kepada suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya.

 

Santhaletchmy berkata suaminya kemudian pengsan sebelum dia dibawa ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut.

 

Bagaimanapun pihak hospital memaklumkan suaminya berada dalam keadaan serius sebelum diberitahu Sanmugam meninggal dunia beberapa minit kemudian.

 

Santhaletchmy berkata, Sanmugam yang merupakan bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah diserang strok pada 15 tahun lepas dan pergerakan suaminya terbatas sejak kejadian itu namun dia mampu berjalan sendiri perlahan-lahan beberapa tahun kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.