Video: Kerana Hutang, Anak Sanggup Tampar Dan Dera Ibu Sendiri

Singapora – Tindakan seorang pemandu limosin, Mohammad Juani, 25 yang memuatnaik rakaman tindakan kejam seorang anak menampar ibu kandungnya di sebuah pangsapuri kos rendah di jalan Lower Delta berjaya menarik perhatian masyarakat.

 

Menurut Juani, beliau sering melihat wanita yang berumur sekitar 25 tahun itu mendera dan memukul ibu kandungnya yang telah uzur itu.

 

 

“Saya pada mulanya tidak berniat untuk menjadi ‘kaypoh’ (sibuk hal orang lain), tambahan pula insiden tersebut merupakan hal keluarga, namun sepanjang tempih enam bulan, saya menyaksikan kejadian tersebut (wanita tersebut mendera ibunya) hampir setiap hari.

 

“Dah banyak kali… ada ketika saya melihat dia (anaknya) memukul makcik tua itu dengan penyapu, menghantukkan kepalanya ke dinding… tindakan itu keterlaluan untuk dilakukan terhadap seorang wanita yang tua lagi uzur” katanya memetik laporan portal Straits Times.

 

Menurut Juani, beliau dan keluarganya tidak sanggup untuk melihat wanita yang berusia 58 tahun itu terus diperlaku sedemikian rupa.

 

Setelah mengadakan perbincangan dengan ibu dan adik lelakinya, mereka kemudianya memutuskan untuk merakamkan kejadian tersebut agar dapat dijadikan bukti terhadap tindakan tidak kejam itu.

 

“Kami sekeluarga akan berpindah lagi dua bulan, saya pasti akan merasa sangat menyesal kerana tidak melakukan sesuatu yang wajar seandainya berlaku sebarang kejadian yang tidak sepatutnya  terhadap wanita tua yang malang itu.

 

“Satu laporan telah dibuat pada Selasa selepas pihak polis memanggil saya untuk membuat laporan rasmi berhubung kejadian tersebut. Saya berharap makcik tua itu dapat hidup dengan lebih aman dan gembira selepas ini” katanya lagi.

 

Rakaman itu kemudiannya telah dimuatnaik di laman media sosial Facebook.

 

Sehingga kini rakaman berdurasi 1:17 saat itu telah ditonton sebanyak 320,000 kali dan turut dikongikan oleh 30,000 pengguna Facebook.

 

Melalui rakaman tersebut, pihak polis negara tersebut segera melakukan siasatan dan turut mendapat perhatian Kemeneterian Pembangunan Keluarga Dan Sosial, Singapura.

 

Tinjauan pihak media ke rumah wanita yang dikenali Siti itu menadapati kediaman tersebut telah berkunci bersama sekeping nota.

 

Melalui nota yang ditampal di tepi rumah tersebut, Siti mendakwa bapa dan ibunya sering meminjam wang.

 

“Bapa saya Khamis ada hutang banyak orang dan telah melarikan diri. Saya dan emak saya tidak tinggal disini lagi.

 

“Kami tinggal di rumah kawan, mak saya Kamisah juga ada hutang orang dan kawan. Siti pun ada hutang orang dan jiran” tulisnya. – SuaraTV

 

Siti Dera Ibu 1

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.