Tak Fikir Cari Pengganti, Aida Tumpu Pada Amal Ibadat

Dramatis Aida Khalida, 58, tidak lagi terfikir soal mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas bercerai dengan dengan penyanyi, Joe Radzwill pada 2010.

 

Sejak bergelar janda, dia tidak pernah didekati mana-mana lelaki untuk berkawan dengannya namun tidak menolak sekiranya sudah ditentukan untuk bertemu jodoh selepas ini.

 

Pemilik nama sebenar Aida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad ini juga berkata, dia kini lebih banyak menumpukan perhatian terhadap kehidupannya selain mendekatkan diri kepada Allah.

 

Setiap minggu dia akan menghadiri beberapa kelas agama selain mengaji Al Quran dan tajwid. Selain itu, dia ada menyertai kumpulan WhatsApp di mana kesemua kenalan berkongsi tentang aktiviti keagamaan yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

 

“Jujurnya saya tidak lagi fikir tentang mencari pengganti kerana saya sudah pernah berkahwin dua kali sebelum ini dan ia musnah di tengah jalan.

 

“Pada usia sekarang rasanya lebih baik saya tumpukan kepada hidup sendiri selain meningkatkan amal ibadat kepada Allah.

 

“Sungguhpun saya tidak mahu berkahwin lagi tetapi soal jodoh, maut dan pertemuan bukan di tangan saya. Sekiranya dipertemukan dengan seseorang saya terima,” katanya seperti yang di laporkan mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.