Saya Dedah Kerana Sayangkan Negara – Lester Melanyi

Kuala Lumpur – Lester Melanyi mengakui dia tidak mempunyai sebarang niat atau kepentingan peribadi dengan pendedahan pemalsuan dokumen 1MDB.

 

Katanya, dia melakukan semua itu kerana rasa tanggungjawab dan sayangkan negara.

 

Utusan Malaysia melaporkan, Melanyi mempunyai bukti kukuh menerusi emel komunikasinya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown seperti yang didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini.

 

Dia mendakwa pernah membantah cadangan Brown tentang pemalsuan dokumen 1MDB ketika berbual menerusi telefon dan emel.

 

“Apabila saya tanya dia (Brown) kenapa hendak melakukan perkara itu, dia menjawab `kerajaan BN juga menipu semasa pilihan raya,” katanya.

 

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan, berkata pembabitan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB akan didedahkan menerusi bahagian ketiga dan keempat rakaman video.

 

Pendedahan itu katanya, akan dibuat oleh Melanyi dan akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.