Remaja Hati Binatang Rogol Kanak-Kanak Lapan Tahun

Kuala Lumpur – Seorang remaja lelaki berhati binatang apabila tergamak merogol anak jirannya yang hanya berumur lapan tahun.

 

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang pada Selasa di sebuah felda di Pekan, Pahang.

 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, pada mulanya mangsa dan adiknya yang berumur empat tahun pergi ke sebuah kedai runcit untuk membeli makanan ringan.

 

Ketika sedang berjalan pulang kata beliau, suspek yang berusia 22 tahun telah menahan mereka dan menyuruh adik mangsa pulang sendirian.

 

“Suspek kemudiannya bertindak menarik kanak-kanak malang itu masuk ke dalam rumah sebelum menekup mulut dan merogol mangsa yang turut diancam jika menjerit.

 

“Ketika kejadian suspek hanya tinggal berseorangan kerana keluarganya pergi beraya ke Terengganu dan kesempatan tersebut digunakan untuk merogol mangsa di dalam rumahnya,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

 

Kejadian itu disedari pengadu iaitu bapa mangsa yang berada di rumah selepas melihat anaknya pulang dalam keadaan menangis serta mengadu kesakitan.

 

Katanya lagi, mangsa telah mengadu kepada bapanya bahawa dia telah dirogol oleh suspek yang merupakan jiran sebelah rumah dan terdapat kesan dapah di kemaluan selepas diperiksa ibunya.

 

“Suspek yang dikesan memiliki rekod jenayah sama (rogol) namun menghilangkan diri tiga tahun lalu berjaya diberkas sejurus laporan kes berkenaan diterima dan kini ditahan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.