Parti Baru Ganti PAS: ‘Silap-Silap Mati Dalam Kandungan”

Kuala Lumpur – PAS akan mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi.

 

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, “Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu,” katanya sinis.

 

Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.

 

“(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi…siapa yang hendak tubuh dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi,” katanya.

 

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baru pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.

 

Anwar, yang juga ketua umum PKR dilaporkan dalam kenyataan menerusi peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang bakal ditubuhkan.

 

Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS. -Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.