‘Papagomo Original’ Ditahan Polis

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan individu yang mengelarkan dirinya sebagai ‘Papagomo Original’ ditahan di Perak, hari ini.

 

Perkara tersebut dimaklumkan beliau menerusi akaun Twitternya @KBAB51 dua jam lalu, disamping mengucapkan tahniah kepada pasukan polis yang berjaya menangkap suspek.

 

“Syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak,” tulis Khalid dalam entri tersebut.

 

Sebelum ini, suspek menerusi laman Facebooknya ‘Papagomo Original’ dikatakan menyamar sebagai penulis blog, Papagomo yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah berhubung isu perkauman membabitkan rusuhan di Plaza Low Yat, baru-baru ini.

 

Suspek juga semalam turut menyebarkan foto perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa KPN menerima rasuah berjumlah RM20, 000 dari Papagomo yang ditahan polis sebagai habuan untuk menyelesaikan isu berhubung rusuhan di Low Yat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.