Nenek Tertekan Hisap Dadah Dipenjara 4 Bulan

Kuala Lumpur – Padah menghisap dadah akibat tekanan hidup, seorang nenek berusia 57 tahun yang bertanggungjawab menjaga seorang cucu akibat kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

 

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman tersebut kepada tertuduh, Zainun Awang yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurung warna biru selepas dia mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

 

Mengikut pertuduhan, Zainun didakwa memiliki dadah berbahaya iaitu tiga peket plastik lutsinar mengandungi 0.29 gram heroin dan 0.03 gram monoacetylmerphines di kawasan Jalan Tun Razak di sini pada 8.15 malam, 8 Jun lalu.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.