Mercun Dari Kertas al-Quran Lama

Kuala Lumpur – Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, sebuah laman Facebook mendedahkan sekeping foto yang dimuat naik menunjukkan mercun yang diimport dari negara China, dipercayai mengunakan kertas daripada Al-Quran lama.

 

Laman Facebook ‘Islam’ itu memuat naik status yang menyebut: “Al quran lama di guna untuk membalut mercun,sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia memulaukan barang barang dari China. Jangan beli dan main mercun.”

 

Status yang dimuat naik sejak 12 jam lalu telah dikongsi lebih 50 kali.

 

Seorang netizen, Burhanuddin Marzuki yang berkongsi status tersebut berkata: “Fikirlah dengan  akal yang bijak Allah bagi tu.

 

“Korang rasa tauke mercun tu tau ke kertas yg di gunakan? Yang pergi beli mercun kenapa? kan kerajaan dah haramkan mercun. Kalau dah haram tu haramlah. Melayu juga yang gatal nak beli mercun kemudian selak kertas mercun yang terbakar, last jumpa kononnya kertas alquran.

 

“Sekarang heboh korang kutiplah kertas tu satu satu kemudian bakarlah. Abu kena hanyutkan ke laut.

 

Manakala Dianuddin Othman pula berkata: “Jangan di beli mercun itu. Itu bukan budaya kita.”

 

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani  Zakaria ketika dihubungi berkata, umat Islam yang bermain mercun kemudian meyakini kertas balutan mercun itu adalah dari helaian kertas al-Quran, perlulah mengutip semula kertas yang terbakar itu dan dibuang ke sungai atau laut.

 

“Helaian kertas al-Quran tidak boleh dibiarkan terbakar tanpa membuang  cebisan atau abunya ke sungai atau ke laut untuk melupuskannya,” ujarnya.

 

Sambung beliau lagi, permainan mercun sudah pun dilarang oleh kerajaan kerana ia merbahaya dan banyak berlaku kemalangan.

 

“Benda kalau sudah di haramkan (dilarang)  tetap haram tetapi ada umat Islam degil. Tiap tahun bila tiba hari raya mereka  nak main mercun atau buat mercun sendiri.

 

“Ada yang hilang jari, hilang mata dan kecacatan seumur hidup, itukan merugikan diri sendiri.” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.