Lewat Bayar Gaji, 355 Pemain Bola Tinggalkan Brazil

Sao Paulo – Seramai 355 pemain meninggalkan Brazil sepanjang enam bulan pertama tahun ini, ia adalah jumlah teramai sejak 2011.

 

Peningkatan itu membabitkan beberapa faktor, termasuk kelab-kelab lewat membayar gaji pemain.

 

Persekutuan Bola Sepak Brazil bagaimanapun memberitahu, pemindahan itu membabitkan $98.8 juta, berbanding $146.7 juta empat tahun lalu, apabila 370 pemain meninggalkan negara itu, atas faktor pemindahan penuh, dipinjamkan atau selepas tamat kontrak dengan kelab-kelab Brazil.

 

Tahun lalu, 327 pemain meninggalkan Brazil untuk bermain di negara lain, pemindahan yang membabitkan $122.7 juta.

 

Tempoh untuk kelab-kelab Brazil membeli pemain daripada pasukan luar negara berakhir semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.