KPN Arah Siasat Twitter ‘Republic Of Sarawak’

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan pasukan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) segera mengesan pengendali akaun Twitter mengguna nama Republic of Sarawak’.

 

Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Twitternya, hari ini.

 

“PCIRC @PDRMsia kesan ‘tweet handle’ dibawah, siasat dan tahan di bawah Akta Hasutan,” tulisnya.

 

Paparan skrin itu menunjukkan pemilik akaun Republic of Sarawak itu menulis, ‘Keluar (dari Malaysia) bukan hak kamu, Melayu untuk tentukan. Ia bergantung pada kami orang Sarawak.”

 

Selain itu, akaun itu juga menulis, “kami pasti tidak akan hentikan kamu Melayu jika kamu putuskan untuk keluar.” – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.