Ketua Polis Negara Gelar Papagomo ‘Beruk’

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menggelarkan penulis blog UMNO, Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris, sebagai ‘beruk.’

 

Khalid mengulas beberapa posting yang dibuat di laman Facebook di bawah nama ‘Papagomo Original’ yang memuat naik dua ‘screenshot’ perbualan melalui WhatsApp antara penulis blog UMNO itu dengan KPN.

 

Menurut ‘screenshot’ itu, Khalid dikatakan meminta RM20,000 rasuah dari Papagomo yang ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan di Low Yat Plaza, dua minggu lalu.

 

“Saya tak pernah WhatsApp dengan individu ini, beruk ini.

 

“Peguamnya membuat laporan mendakwa laman Facebook yang memaparkan ‘screenshot’ ‘perbualan kami’, bukan akaun Papagomo,” katanya dalam sidang akhbar di i-City, Shah Alam.

 

Dalam ‘screenshot’ yang dikatakan perbualan mereka itu, Papagomo meminta untuk berunding dengan jumlah yang perlu dibayar bagi ‘menyelesaikan kes di Low Yat.’

 

Khalid pula menjawab meminta ‘hanya RM20,000’ dan berkata kes itu akan diselesaikan sekiranya dia menerima wang itu.

 

Papagomo ditahan pada 14 Julai lalu di rumahnya di bawah Akta Hasutan dan dibebaskan pada Jumaat kerana terlibat dalam pergaduhan di Low Yat.

 

Beliau didakwa memuat naik gambar seorang lelaki Melayu yang cedera di laman sosial dan mendakwa bahawa itu mangsa pergaduhan.

 

Pada Ahad dua minggu lalu, kira-kira 200 orang berkumpul di hadapan Plaza Low Yat dalam bantahan yang dilihat melibatkan isu perkauman berkaitan kejadian di Low Yat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.