Kes 1MDB: Individu Berpangkat ‘Datuk’ Direman 5 Hari

Kuala Lumpur – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 

Individua kedua yang dipercayai berpangkat Datuk hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Putrajaya di sini selepas ditangkap pada Rabu berhubung siasatan tersebut.

 

Majistret Lau Eric mengeluarkan perintah untuk menahan reman lelaki berusia 54 tahun itu bermula hari ini sehingga Ahad.

 

Individu tersebut ditahan pada petang Selasa di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya, Selangor.

 

Semalam, seorang pengarah syarikat telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi membantu siasatan kes 1MDB.

 

Suspek berusia 39 tahun tersebut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 1 petang pada Isnin.

 

Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat skandal kewangan dianggotai pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.