Kenapa Sarawak Report Masih Boleh Diakses Walaupun Disekat SKMM

Kuala Lumpur – Sarawak Report masih boleh diakses di Malaysia kerana sekatan yang dikenakan pengawal selia Internet tempatan biasanya hanya lebih berkesan ke atas rangkaian mudah alih, kata seorang pakar IT dengan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO).

 

Walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman web pemberi maklumat itu pada Ahad malam, ramai pembaca berkata mereka masih boleh mengaksesnya, walaupun tanpa melakukan “tweak” kepada tetapan (setting) untuk mengelakkan penapisan itu.

 

Bagaimanapun, yang lebih sukar ialah untuk mengakses laman web itu melalui rangkaian telefon mudah alih.

 

“Jika anda bercakap tentang komputer riba dan komputer meja, sekatan itu tidak begitu berkesan,” kata Khairil Yusof, pengasas bersama Projek Sinar, sebuah NGO hak Internet yang menggunakan teknologi sumber terbuka untuk menggalakkan kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.