Juruteknik Telekom Maut Dalam Kemalangan

Seremban – Seorang juruteknik Telekom maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas di KM245.2, Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Seremban, di sini, awal pagi tadi.

 

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu, Muhammad Aidil Azri Talib, 34, beralamat dari Felda Redong, Segamat, Johor, meningggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

 

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda CB500X dipercayai dalam perjalanan dari Johor menuju ke tempat kerja di Cyberjaya.  Mayat mangsa dijumpai terbaring di lorong kecemasan oleh pengguna lebuh raya yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

 

Menurut jurucakap itu, berdasarkan kerosakan pada motosikal, mangsa dipercayai melanggar sesuatu objek keras di atas lebuh raya itu, sebelum terjatuh.

 

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, punca kejadian masih disiasat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.