Isteri Tony Pua Didakwa Miliki RM3 Juta Dalam Akaun Luar Negara

Kuala Lumpur – Tony Tan Chee Chong yang sebelum ini merupakan pembantu Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok sehingga 2005, mendakwa isteri Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempunyai wang sebanyak RM3 juta dalam akaun di luar negara.

 

Beliau menggesa Pua untuk memberi respons dalam minggu ini atau beliau akan mendedahkan kepada umum berserta bukti yang dimilikinya.

 

“Kita tahu cara beliau, kita ada bukti tetapi kita mahu beliau bercakap mengenainya,” katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya.

 

Katanya Pua sering mengkritik kerajaan kerana tidak telus dalam akaun mereka.

 

“Sebab itu saya meminta beliau mengisytiharkan asetnya dan beri maklumat mengenai kekayaan isterinya.

 

“Saya mempunyai maklumat dari tiga ahli DAP yang mengatakan isterinya mempunyai banyak aset di luar negara.

 

“Saya juga meminta beliau supaya bekerjasama dalam hal ini dan memberi respons terhadap dakwaan ini.”

 

Katanya beliau tidak berminat untuk membuat dakwaan, jadi beliau meminta Pua memberi respons.

 

Dalam responsnya, Pua pula berkata tidak sabar untuk melihat bukti yang akan didedahkan itu.

 

“Saya juga berminat untuk melihat dokumen yang menunjukkan isteri saya mempunyai RM3 juta dalam akaun luar negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.