Gerabak LRT Terbakar: Najib Gesa Audit Keselamatan Dibuat

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa agar satu audit keselamatan dilakukan membabitkan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menjamin keselamatan penumpang.

 

Beliau berkata demikian susulan insiden cemas membabitkan gerabak tren LRT yang dilaporkan terbakar awal pagi tadi.

 

“Syukur tiada cedera dlm kejadian LRT di Setiawangsa & Universiti. Audit wajar dilakukan agar keselamatan penumpang diutamakan,” tulis Najib dalam laman Twitternya, sebentar tadi.

 

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di stesen LRT Setiawangsa yang mana satu kebakaran di bahagian bawah gerabak selepas dipercayai berpunca akibat masalah brek.

 

Situasi tersebut menimbulkan kekecohan dalam kalangan penumpang. Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.