Gajah Serang Kereta Di Jeli Cerita Palsu

Kota Bahru – Tiga keping gambar yang tersebar melalui laman sosial semalam mendakwa, kononnya sebuah kereta rosak teruk akibat sekumpulan gajah liar mengamuk adalah palsu.

 

Beberapa individu yang tidak sensitif memperolokkan kejadian satu kemalangan jalan raya apabila bertindak menyebarkan gambar sebuah sebuah kereta dipercayai Perodua Alza yang remuk kononnya diserang sekumpulan gajah.

 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir, gambar mengenai kejadian itu adalah tidak benar kerana ia gambar kemalangan di Le­buh raya Jeli-Gerik pada hari raya kedua minggu lalu.

 

“Gambar-gambar yang tersebar tentang kejadian itu adalah tidak berasas.

 

“Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan.

 

“Mengenai gambar sekumpulan gajah itu pula, kita masih menunggu maklum balas dari Jabatan Perhilitan negeri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.