Elak Motosikal, Rempuh Kedai

Melaka – Lelaki berusia 21 tahun bernasib baik dan hanya mengalami cedera ringan selepas kereta dipandu terbabas dan merempuh bahagian hadapan lot kedai dua tingkat di Jalan Kubu, Melaka Tengah, 7 pagi tadi.

 

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila pemandu cuba mengelak motosikal.

 

“Pemandu terbabit gagal mengawal kenderaan ketika mengelak motosikal dari arah bertentangan.

 

“Kereta itu kemudian melanggar tiang kedai hingga menyebabkan bahagian hadapan kedai roboh,” katanya.

 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.