Doktor Badut Ceriakan Kanak-Kanak Gaza

DENGAN berpakaian badut lengkap dengan hidung merah, cermin mata besar dan topi berwarna warni, Alaa Megdad dan Majed Kaloub memikul tanggungjawab untuk menghiburkan kanak-kanak cedera di Gaza agar kembali ketawa.

 

Menurt Mail Online, meskipun tugas yang digalas hanyalah sukarela, namun mereka tetap setia melayan kanak-kanak di hospital sejak lebih setahun lalu.

 

Difahamkan, semuanya bermula apabila Alaa, yang bekerja dengan agensi bantuan menyerahkan hadiah kepada kanak-kanak bertemu Majed, yang bekerja sebagai badut di sekolah.

 

Pertemuan tersebut merapatkan mereka dan sejak itu, mereka menjadi doktor badut yang mendedikasikan masa untuk menghiburkan kanak-kanak sakit tenat di tiga buah hospital di Gaza.

 

Nyata, kehadiran dua badut ini sangat dinanti kanak-kanak. Ia dapat dilihat apabila kanak-kanak mula menjerit nama mereka ketika tiba, sekali gus menjadikan suasana tenang di wad itu dipenuhi bunyi gelak ketawa.

 

“Saya lihat kanak-kanak tanpa tangan dan kaki. Peperangan ini menjadikan saya sangat kuat. Kami adalah doktor dengan hidung merah,” katanya.

 

Walaupun dibayar gaji kecil kira-kira 291 pound (RM1,724) sebulan, mereka tetap akan meneruskan apa yang dilakukan agar dapat memberi sedikit kegembiraan dan senyuman pada wajah kanak-kanak malang di hospital itu. – Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.