Chef Wan Bakal Disaman, Kerana ‘Anjingkan’ Adik Sendiri

Kuala Lumpur – Tindakan artis selebriti popular tanah air, Datuk Chef Wan yang memuatnaik naik gambar keluarga adik perempuannya yang sedang tidur dan mengeluarkan kata-kata kesat berbaur hinaan terhadap mereka di laman media sosial mengundang padah apabila beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

 

Menurut adik perempuanya, Rosenah Ismail beliau sedih dan malu dengan sikap Chef Wan yang dikatakan telah mengaibkan mereka sekeluarga.

 

“Saya sedih dengan abang saya Chef Wan sanggup buat anak-anak saya macam ni, penat lelah melayan tetamu Chef Wan dah cukup memenatkankan kami adik beradik. Sebelum dia popular bahagia sungguh berhariraya di Sungai Koyan, walaupun kami hidup cara sederhana. Sedangkan kami memasak, melayan peminat dia tak ada pula kami adik beradik berungut.

 

“Sanggup dia aibkan keluarga saya, kalau arwah ayah ada sudah tentu dia berasa sedih. Kami balik kampung pun (disebabkan) ini rumah pusaka dan harta milik bersama. Diharap orang yang komen di atas jangan suka nak komen sebarangan, saya malu dengan sikap abang saya” ujarnya di laman Facebook.

 

Melalui tinjauan SuaraTV, Rosenah turut berkata abangnya yang dianggap sebagai penganti kepada arwah bapanya itu sepatutnya bertindak menjaga maruah dan aib keluarga mereka.

 

“Apa motif abang saya pun saya tak tahu, saya hormat dia selama ini dan sayang dia sebagai penganti arwah ayah (kerana) bila saya susah dia bantu saya (namun) kami pun ada maruah diri. Diharap orang yang komen diatas jangan nak suka komen yang bukan-bukan.

 

“Sepatutnya Chef Wan (sebagai) bapa saudara dan abang yang sulong jaga lah aib keluarga (kerana) semua itu anak saya. Dia (Chef Wan) sudah tentu ada bilik sendiri (tapi) kami semua tidur diluar. Cuba saya aibkan anak dia sudah tentu dia marah, tapi saya tegur anak Chef Wan walaupun buat salah, (teguran tersebut) seperti ibu dan anak” luahnya lagi.

 

Terdahulu Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail bertindak memuatnaik gambar di Instagram yang memaparkan keluarga Rosenah sedang tidur di ruang tamu di rumah ibu mereka.

 

Tindakan itu kemudiannya mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan penyokong dan para peminatnya sehingga mengundang kemarahan ahli keluarga Rosenah.

 

Menurut anak lelaki Rosenah, mereka bakal mengemukakan saman malu terhadap Chef Wan kerana telah mengaibkan dan memfitnah keluarganya melalui gambar yang dimuatnaik itu.

 

“Makin berubah. Dulu bapak sedara yang paling aku respect (hormati). (Tapi) now no more (sekarang, tidak lagi).

 

“Tindakan tegas akan aku sekeluarga ambil ke atas Chef Wan. Buat cerita dan sebarkan gambar yang tidak sepatutnya” ujar anak saudaranya itu di laman Twitter.

 

Tidak berpuashati dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, Chef Wan kembali ‘menyerang’ mereka bagi mempertahankan dirinya.

 

“Sepatutnya bila orang tua membebel itu untuk kebaikan sendiri dan juga masyarakat supaya kita ini belajar berdisplin dan menghormati orang lain. Akan tetapi ” hi kita pulak di persalahkan dan nak saman malu? Sila kan.

 

“Dasar manusia yang seumpama ‘kacang yang lupakan kulit’, (mereka) ini yang saya samakan juga akan (dengan) peribahasa orang tua-tua bak (seperti) kata ibu saya sendiri. ‘Kita beri dia makan digigitnya balik’ Saya sudah pun bagi tahu dia at time (ketika) beri makan anjing itu pun masih lagi baik dan menghormati tuannya” ujar Chef Wan pula.

 

Tidak cukup dengan itu, Chef Wan turut mengelarkan mereka bodoh dan anjing.

 

“Pandai pulak melatah dan meroyan bila termakan lada saya ini. Ingat kan cerdik rupanya bodoh jugak masuk dalam umpan saya nampaknya. Nak burukkan saya, akhirnya pekung sendiri habis terkeluar.

 

“Elok-elok orang tak tahu its u (ia adalah awak), now they know (sekarang mereka tahu) siapa manusia yang kurang ajar dan di anjing kan saya. Biar la si anjing tu nak menyalak di bukit itu sampai pagi pun saya tak peduli.” bidasnya lagi. – SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.