BERSIH 2.0 Tolak Cadangan Anwar

Kuala Lumpur – Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyambut baik cadangan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembentukkan muafakat baru dalam pembangkang yang turut dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

 

Bagaimanapun, BERSIH 2.0 menegaskan pendirian pihaknya akan terus kekal sabagai NGO non-partisan dan tidak akan terlibat secara langsung dengan mana-mana parti politik di negara ini.

 

“BERSIH 2.0 mengambil maklum klarifikasi yang diberikan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkenaan penjelasan tentang hubungan NGO termasuk BERSIH 2.0 dalam muafakat tersebut.

 

“Klarifkasi tersebut menjelaskan bahawa BERSIH 2.0 akan menjadi rakan kerjasama, dan tidak terlibat secara langsung secara partisan dalam muafakat baru itu.

 

“BERSIH 2.0 menyambut baik sikap inklusif muafakat baru tersebut, namun menegaskan bahawa BERSIH 2.0 berpendirian tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” menurut kenyataan dari Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 itu.

 

Menurut BERSIH 2.0 lagi, pihaknya bersedia bekerjasama dengan semua pihak yang menyokong agenda perubahan ke arah sebuah negara dengan tatakelola yang bersih dan adil.

 

Anwar dalam satu kenyataan sebelum ini berkata PKR akan mewujudkan satu muafakat baru dengan beberapa NGO seperti Bersih 2.0, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang baru sahaja ditubuhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.