Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan, Dakwa Mangsa Mati Sebab Nak Raya

Kuala Lumpur – ‘Diva’ bekas penyampai hos televisyen, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi menerusi laman sosial dengan menghina mangsa kemalangan jalan raya sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Selebriti berkenaan memuat naik posting di Twitter, mengajak pengikutnya menonton siaran berita di Buletin TV3 berkenaan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan ini.

 

Azwan Ali

Status terbarunya yang dimuatnaik pada pukul 3.58 pagi pada 21 Julai, “Slm. Jom tengok #BUTV3! (Buletin TV3) Berapa ekor yg mati accident punya nak raya! Elok lah! Penuhkan Kuburrr.”

 

Adik kepada Menteri Besar Selangor itu dilabel sengaja mencetuskan sensasi supaya dirinya masih relevan dalam industri hiburan tanahair.

 

Kenyataan “Diva Kelas A” cempala mulut itu menyebabkan kemarahan netizen dan menganggap beliau tidak menghormati keluarga mangsa.

 

Seperti biasa, status Azwan atau menggelarkan dirinya sebagai ‘Diva AA’ mendapat cemuhan dan kutukan netizen sehinggakan ada yang melabelkan dia sebagai sakit mental.

 

“Kepada yg telah jadi mangsa cacian Azwan Ali, jgn peduli dia. Satu dunia dah nampak kebenarannya. Mmg ketara sgt tahap sakit jiwa & sakit mental dia ni. Dah hilang adab sopan pertuturan. Mmg kena hantar jumpa psikiatri.

 

Kepada owner Menate, Nabil, Ifa Raziah dan semua yg si bangsat ni cari pasal, ignore ja. Mmg npk sgt tahap gila dia. Babi pun tak gila mcm dia. Kepada follower tegar dia tu..cuba lah buka mati & hati..renung baik2 apakah manusia hancing mcm ni nak dibuat idola,” tulis satu komen bernama Jija.

 

Seorang pengguna Twitter, @melcknu_abu berkata kenyataan itu tidak patut, walaupun twitter selebriti itu sebenarnya bersifat menyindir.

 

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @FarhahSaleh berkata, bekas hos televisyen itu sepatutnya bertaubat dan tidak mengulangi kenyataan itu.

 

Azwan sering menjadi perhatian ramai disebabkan sering memuat naik kenyataan provokatif di laman media sosial.

 

Baru-baru ini selebriti itu mengamuk dengan pelawak, Nabil Ahmad kerana tidak menegurnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ketika kedua-duanya tiba dari Jeddah selepas menunaikan umrah, baru-baru ini.

 

Nabil kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana tidak menegur Azwan.

 

“Saya benar-benar tidak perasaan (Azwan) di Jeddah dan KLIA. Jadi macam mana saya nak tegur dia bila saya tidak nampak dia,” kata Nabil sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.