‘Anjingkan’ Adik Sendiri: ‘Sultan Melaka’ Murka Dengan Chef Wan

Kuala Lumpur – Individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah menegur Chef Selebriti, Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kerana sikapnya yang telah memalukan anak saudaranya kepada umum.

 

Menerusi akaun Facebooknya, Raja Noor Jan berkata, beliau tidak faham dengan tindakan Chef Wan yang merungut dan cuba menjadikan perkara `bangun lewat’ sebagai isu yang boleh mengeruhkan hubungan kekeluargaan.

 

“Beta kekadang tak paham kenapa perlu jadi isu, kalau rasa tak leh terima jangan bagi sedara mara datangkan senang, mereka tu tetamu, kau tu tuan rumah kene la layan dengan baik.

 

“Begitu juga dengan tetamu kene le paham adab… Kalau beta jadi sedara mara dia kompom boikot tak yah g beraya senang… Kalau tak ihklas nak melayan,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, Raja Noor turut menegur perkara sama dengan merujuk kepada anak saudara Chef Wan itu agar dapat menunjukkan adab ketika berkunjung ke rumah orang meskipun saudara mara sendiri.

 

Sementara itu memetik laporan sebuah laman portal, salah seorang anak saudara Chef Wan, Muhd. Nazmi Khalid dilapor akan meminta peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan maaf kepada bapa saudaranya selain memadamkan gambar yang dimuatkan itu di laman sosial Instagram.

 

Jelasnya, tindakan itu perlu diambil kerana tindakan Chef Wan itu sudah keterlaluan dengan memuatkan gambar ahli keluarga sedang tidur tanpa kebenaran.

 

 

 

Baca : Chef Wan Bakal Disaman, Kerana ‘Anjingkan’ Adik Sendiri

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.