Zakia Menangis Rindukan Isteri dan Anak

KOTA KINABALU: Selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya Konstabel Zakia Aliep yang diculik kumpulan pengganas pada 12 Julai lepas, Sharifah Erna Berson, 23, tidak memiliki keberanian untuk menghubungi suaminya semula.

Menurutnya, kali kedua dia dihubungi Zakia, suaminya itu hanya mampu menangis kerana terlalu rindukan keluarga terutama anak mereka Muhammad Hisyam Izzudin yang baru berusia empat bulan.

“Kami hanya dapat bercakap sekitar tiga minit sahaja dan dia memberitahu keadaannya selamat.

“Dia cuma bimbangkan keadaan kami sekeluarga terutamanya keperluan saya dan anak,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Ops Selamat 5/2014 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Sabah di sini kelmarin.

Syarifah pada majlis itu menerima sumbangan daripada polis yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau bersama semua ahli keluarganya amat berharap Zakia dapat kembali semula ke pangkuan keluarga sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri ini.

“Walaupun saya sangat bimbangkan keadaan dia, namun saya kuatkan diri dan yakin dia selamat.

“Kami hanya mampu solat dan berdoa memohon supaya suami saya dalam keadaan baik dan selamat,” katanya.

Selain itu jelasya, keluarga mentuanya juga turut sama bimbangkan keadaan anak mereka dan turut sama memberi sokongan dan semangat kepada Syarifah.

 

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/07/22/zakia-menangis-rindukan-isteri-dan-anak/#ixzz38B4sJRII

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.