Wanita Didakwa Hina Islam Di FB Ditahan

Seorang wanita yang didakwa menghina Islam dan juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berhubung nahas pesawat itu menerusi satu akaun laman sosial Facebook ditahan di rumahnya di Jalan Bunga Raya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, wanita yang dipercayai pemilik akaun dengan nama Sim Kwang Yung Sin itu ditahan pada pukul 1.26 petang.

Menurutnya, wanita berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

“Telefon bimbit bersama kad SIM serta peralatan elektronik Wifi turut dirampas,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung perkara berkenaan dan mahu pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan sewajarnya.

Awang Besar memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan untuk menahan reman selama seminggu terhadap wanita itu, namun tindakan tersebut bergantung kepada hasil soal siasat.

Wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen insurans itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak berhubung kenyataannya menghina Islam termasuk pelajar Islam.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan perkara tersebut dan telah membuat laporan polis menyatakan laman Facebook miliknya telah diceroboh.

One thought on “Wanita Didakwa Hina Islam Di FB Ditahan

  • July 23, 2014 at 11:46 am
    Permalink

    Madam Sim don’t try to twist and turn your words. Let’s the expert do their job ok. I hope you may have a harsh sentence. We are praying for that. Served you RIGHT!!!!
    >> PDRM tolong ambil tindakan yang SETIMPAL pada perempuan yang kurang belajar ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.