Najib Guna ‘Diplomasi Rahsia’ Yang Tidak Mampu Dicapai Oleh Negara Lain

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan “diplomasi rahsia” dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan bagi mendapatkan kembali mayat mangsa dan kotak hitam dari lokasi pesawat MH17 terhempas, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Sementara pemimpin negara lain mencemuh puak pemisah mendakwa mereka bertanggungjawab atas insiden itu Khamis lepas, Najib “berhati-hati menolak” dan tidak turut sama menyalahkan mereka, katanya.

Sebaliknya, kata SMH, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan “yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.”

Di bawah perjanjian itu, kotak hitam dari pesawat MAS itu diserahkan kepada pegawai Malaysia hari ini selepas mesyuarat selama dua jam antara rombongan dari Malaysia dengan Borodai.

Kotak hitam itu boleh membekalkan maklumat penting saat akhir MH7 sebelum ia ditembak di timur Ukraine, kawasan yang dikuasai pihak pemberontak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.