Mesir Sekat Konvoi Bantuan

KAHERAH – MESIR. Anggota keselamatan di utara Sinai didakwa cuba menghalang konvoi bantuan kemanusiaan untuk memasuki ke Genting Gaza melalui sempadan Rafah, menurut media tempatan, kelmarin.

Jurucakap tentera di pusat pemeriksaan Balloza memaklumkan kononnya mereka terpaksa membuat keputusan itu berikutan situasi keselamatan di wilayah tersebut semakin meruncing.

“Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk membenarkan konvoi bas yang membawa 500 aktivis antarabangsa itu masuk ke Gaza,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mencetuskan pergelutan antara beberapa aktivis dan anggota keselamatan, namun tiada tangkapan dibuat. 

Difahamkan menurut laporan AFP, kerajaan Mesir hanya membuka laluan sempadan itu kepada penduduk Palestin yang cedera akibat serangan rejim Zionis sejak 13 hari lalu.

Sebelum ini, Kaherah pernah mengumumkan bahawa mereka akan menghantar 500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza, namun masih tidak dapat dipastikan sama ada ia telah dilaksanakan atau tidak.

http://www.sinarharian.com.my/global/mesir-sekat-konvoi-bantuan-1.301540

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.