Kereta Api Bawa Mayat Mangsa MH17 Dalam Perjalanan Ke Kharkiv

KUALA LUMPUR: Kereta api yang membawa mayat mereka yang maut dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.

Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.

“Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.

Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.

Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/22/mh17-bawa-mayat-mangsa/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.