Anwar Ibrahim Membina Empayar Kroni

Petaling Jaya – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sedang membina empayar kroni untuk keluarganya.

Ini berikutan awal pagi tadi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Pencalonan Wan Azizah ini hanyalah untuk kepentingan politik keluarga Anwar sama seperti keluarga Lim Kit Siang yang melantik anaknya menjadi Ketua Menteri.”

“Pertukaran Menteri Besar Selangor ini juga dilihat sebagai mengatasi kemelut dalam PKR. Ini dilihat melalui kegagalan Khalid dalam menyelesaikan beberapa isu seperti masalah air dan Kidex,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Ibrahim juga tidak menolak kemungkinan bahawa pertukaran yang diinginkan oleh PKR adalah bagi mengelakkan Azmin Ali daripada menjadi Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, beliau ingin mengetahui apakah pendirian PAS mengenai pencalonan tersebut.

“Bukankah sebelum ini PAS sudah mengatakan pendirian mereka bahawa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar ?” jelasnya.

Dalam pencalonan ini, Ibrahim melihat Khalid dan Azmin telah menjadi mangsa dalam percaturan yang dibuat oleh Anwar.

Anwar berucap dalam sidang media dan mengatakan pencalonan Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang akan diadakan Rabu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.