Tidak Betul Kalau Kata Semua Dalam UMNO Rosak dan Punah – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap UMNO mampu kembali pulih dan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

Beliau percaya parti itu sedang melalui saat yang getir dan memerlukan semangat baharu.

“Dia hidup dalam budaya kuasa dan budaya wang yang cukup banyak dan untuk bertahan, parti itu memerlukan semangat baharu,” kata Anwar dalam temubual program mingguan AI yang disiarkan pukul 8.15 malam ini di saluran 501 Astro AWANI.

Tambahnya, UMNO mempunyai hak sebagai sebuah parti politik untuk bangkit dan memainkan peranan dalam arena politik negara.

“Mustahil kalau kita kata semua dalam UMNO itu rosak, punah belaka. Itu tak betul.

“Pengalaman kalah teruk dan perpecahan dalaman BN pastinya mendewasakan UMNO dan mudah-mudahan parti itu berperanan memantau Pakatan Harapan dan menjadi suara yang berkesan di Parlimen sebagai pembangkang,” ujarnya. – Awani

2 thoughts on “Tidak Betul Kalau Kata Semua Dalam UMNO Rosak dan Punah – Anwar Ibrahim

  • June 22, 2018 at 8:25 pm
    Permalink

    tak yah lah kepuh2 nak mesyurat lah… apa lah…kecuh sgh…. dah rosak punah musnah hancur…buatlah apa pun derai bak debu… nkk tonggeng ke telentang ke terbalik ke…duk diam tak yah bising2….muak benci meluat…sesangat2… nya…. media pun tak yah jumpa lanun2 ni …buang masa jer… baru nak sedar…telewat kahh..terlambat kah….aduh kasihannya…. dah rosak….umno musnah …rosak dahhhhhhhhhhhhhhhhh….

    Reply
    • June 22, 2018 at 11:28 pm
      Permalink

      Umno ada 54 kerusilah. Musnah kat mana? Kurang membaca inilah akibatnya. Kira nak hentam saja mat ni. Kesian sungguh lah.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.