Maghribi Jadi Pasukan Pertama Tersingkir Dari Piala Dunia 2018

HANYA empat hari selepas Piala Dunia membuka tirai dengan hattrick pertama kejohanan bola sepak itu, Cristiano Ronaldo hanya mengambil masa empat minit untuk melakar sebuah lagi sejarah.

Tandukan Ronaldo ke gawang lawan membuatkan dia sebagai penjaring terbanyak dari Eropah dalam sejarah bola sepak dunia, sekali gus memecahkan rekod bekas pemain legenda Real Madrid, Ferenc Puskas.

Hanya pemain Iran, Ali Daei berada di depan Ronaldo kini dengan 109 gol antarabangsa, lebih 24 gol daripada kapten Portugal itu.

Maghribi yang memerlukan kemenangan untuk kekal dalam pertandingan itu membalas gol Ronaldo itu dengan kerja keras dan hampir berjaya menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Namun, Rui Patricio berjaya meyelamatkan tandukan Mehdi Benatia itu.

Kekalahan 0-1 kepada Portugal menjadikan Maghribi pasukan pertama yang tersingkir dari Piala Dunia.

Jurulatihnya, Herve Renard berkata: “Ada satu perkara yang saya yakin sekarang iaitu seluruh Maghribi berbanga dengan pasukan mereka.

“Kami telah menunjukkan yang kami boleh bermain bola dan kami tunjukkan dalam dua perlawanan.

“Ia benar bahawa kami tidak begitu efektif pada penghujung perlawanan,” katanya. – Morning Star Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.