Jangan Jadi ‘Penjilat Bontot’ Mahathir Kata Fahmi Reza

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Fahmi Reza Mohd Zarin mengesa agar penyokong fanatik Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti dari terus mengampu Perdana Menteri itu.

Fahmi yang juga merupakan pereka grafik membidas golongan tersebut yang disifatkan sebagai ‘penjilat bontot’ Mahathir.

“Ditujukan kepada penyokong Tun M yang fanatik, dan mereka yang suka mengampu PM.

Mesejnya jelas, jangan jadi “ass licker”. Budaya mengampu dan jilat bontot PM, Menteri dan pemimpin perlu dikikis,” katanya ketika dihubungi SuaraTV.

Menurutnya lagi, sebagai kerajaan yang baru dipilih bagi menggantikan BN/Umno golongan tersebut sepatutnya mendengar suara hati rakyat dan bukan sebaliknya.

“Sebagai public servants mereka (sepatutnya) boleh tahan dengar gurauan, sindiran, dan kritikan dari rakyat.

“Ini sebahagian daripada tugas mereka untuk mendengar suara rakyat, termasuklah suara yang tak sedap didengar, termasuklah karya-karya satira dan parodi seperti ini,” katanya lagi.

Fahmi sebelum ini tampil mengeluarkan karya satira politik baru bertajuk ‘The Ass Lickers – God Save The Tun 7’ bagi menyindir golongan tersebut.

Satira tersebut memaparkan poster piring hitam yang mengunakan lakaran muka Mahathir.

Selain poster yang diedarkan secara percuma, Fahmi turut melancarkan penjualan t-shirt di akaun Twitternya.

Dia sebelum ini berjaya menarik perhatian masyarakat apabila menerbitkan karikatur yang menggambarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut. – SuaraTV

3 thoughts on “Jangan Jadi ‘Penjilat Bontot’ Mahathir Kata Fahmi Reza

  • June 22, 2018 at 8:31 pm
    Permalink

    kau saPA LAK…BIUL…. DUK DIAM SIBUK2 WAT PE… KAU BODOH … BODOH MCM KAYU…. KENCING BENGKOK …KAYU…. STUPID..HINGUS

    Reply
  • June 22, 2018 at 8:31 pm
    Permalink

    kau saPA LAK…BIUL…. DUK DIAM SIBUK2 WAT PE… KAU BODOH … BODOH MCM KAYU…. KENCING BENGKOK …KAYU…. STUPID..HINGUS
    UMNO ROSAK DAHHHHHHHHHHHH…MUSNAH PUNAH

    Reply
  • June 26, 2018 at 10:34 pm
    Permalink

    Kalau mahu dihormati orang, bahasa yg kita guna kan mestilah sopan.Tak perlu langsung guna bahasa kesat.Kalau mau terus hidup dizaman batu teruskan lah dgn taabiat suka menghina orang lain…..kualiti anak melayu memalukan!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.