Harga Minyak Dunia Turun

NEW YORK – Penanda aras minyak mentah global Brent turun lebih dua peratus menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang mana pengeluar dijangka meningkatkan pengeluaran bagi menstabilkan harga.

Bagaimanapun, OPEC sedang berusaha untuk bersetuju kepada peningkatan pengeluaran, dengan Arab Saudi memberi amaran kekurangan bekalan dan kenaikan harga tetapi Iran kelihatannya tidak bersetuju.

Menteri Minyak Iran Bijan Zanganeh berkata, beliau masih percaya OPEC tidak dapat mencapai keputusan.

“Saya tidak fikir kita akan mencapai persetujuan,” kata Zanganeh kepada pemberita.

Brent susut AS$1.69 untuk ditutup pada AS$73.05 satu tong.

West Texas Intermediate bagi penghantaran Ogos, bulan hadapan baharu, turun 17 cent kepada AS$65.54 satu tong. Ia susut 68 cent dareipada kontrak Julai yang tamat Rabu pada AS$66.22. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.