Bantuan Sara Hidup Nelayan Dihentikan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberhentikan bantuan bulanan kepada 57,00 golongan nelayan di negara ini.

Mahathir ketika wawancara dengan Malay Mail semalam berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 itu kerana kerajaan kekurangan dana.

Beliau turut menegaskan Putrajaya tidak dapat mengekalkan dasar-dasar era Barisan Nasional (BN) itu kerana ia merupakan salah guna dana kerajaan.

“Mereka (BN) mampu beri kerana ia wang curi. Atau ia disalah guna daripada dana-dana kerajaan, untuk menjadi popular di kalangan nelayan.

“Kita tidak boleh gunakan wang kerajaan untuk itu, untuk menjadi popular. Kita tiada wang curi untuk diberi pada mereka.

“Jadi kita terpaksa potong. Mereka hilang pendapatan tetap percuma. Kerana kita tidak dapat beri, mereka tidak akan gembira,” beliau dipetik sebagai berkata semalam.

Sementara itu Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ketika dihubungi berkata pihaknya sedang mendapatkan penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan perkara itu.

Salahuddin dalam sidang media semalam pula menjamin kerajaan akan meneruskan bantuan itu.

Katanya, jika ekonomi bertambah baik dan hutang negara dalam kawalan, insentif-insentif kepada rakyat akan disemak semula.

Bantuan kepada nelayan itu diberikan sejak 2008 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup mereka.

Hanya nelayan yang turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun layak mendapat bantuan itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.