Video: Viral 4 Lelaki Rompak Kedai Emas Di Tampoi

Satu video menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan kelibat 4 orang lelaki cuba merompak semuah kedai emas di Tampoi.

Dalam video yang berdurasi 29 saat itu memperlihatkan lelaki berkenaan memakai helmet bagi menutup wajah mereka daripada dikenali.

Menurut status yang dikeluarkan melalui akaun Facebook, info Roadblock JPJ/Polis,  4 lelaki terbabit bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi berjaya melarikan sejumlah barang kemas.

Manakala seorang pengawal keselamatan turut terkena tembakan di paha, namun dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Dalam pada itu, senjata pengawal tersebut juga dilarikan oleh suspek.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.