Video : Iklan Raya Wajib Tonton

IKLAN Hari Raya Aidilfitri tahun ini sarat mesej. Dengan pelbagai tema penceritaan, syarikat-syarikat tempatan menampilkan iklan-iklan yang begitu menarik.

Berikut adalah tujuh iklan Hari Raya Aidilfitri yang wajib ditonton.

1. Dari Hati Ayah – Astro

Kisah sebenar mengenai seorang ayah, Adli yang mahu menebus kembali kesilapan lalu dan mengotakan janji terhadap anaknya, Luqman yang autistik.

Kehidupan Adli berkisarkan mengenai perjalanannya dalam mendapatkan kemaafan dari Luqman, tetapi adakah Adli sendiri telah memaafkan dirinya?

Iklan ini juga dilakonkan semula oleh Adli sendiri dengan kemunculan istimewa oleh Luqman, anak autistik beliau.

2. Dugaan Raya Aida – TNB

Harapan yang bertukar dugaan, memberi keceriaan sempena lebaran. Pelbagai cabaran yang perlu Aida ditempuhi untuk beraya bersama keluarga di kampung.

Dengan durasi 4 minit 2 saat, ramai yang memuji teknik sinematografi dan kesan khas filem ini.

3. Pengorbanan Ayah – Hypp Inspirasi

Pengorbanan seorang ayah adalah demi kebahagian keluarga. Seorang ayah juga berkorban demi menyelesaikan pertelingkahan anak-anak kesayangan mereka. Cuma, pengorbanan watak ayah dalam iklan ini sedikit berbeza.

4. Wayang Sayang – Maxis

“Selepas kahwin, perlahan-lahan sayang menjadi wayang.”

Iklan ini menceritakan bagaimana sepasang suami isteri yang terpaksa berpura-pura mengenai kebahagian mereka.

5. Selamat-kan Hari Raya – BSN Malaysia

Sedang semua orang sibuk dengan persiapan Hari Raya, ada pula yang sibuk nak buat jahat. Mujur ada Raj dan Chong. Apa ceritanya?

6. Linah – CIMB

Apabila adiwira mahu pulang beraya bersama insan yang tersayang.

7. Goodbye Good buy – Mudah.my

Menurut YouTube, iklan ini merupakan iklan Hari Raya yang paling mendapat jumlah tontonan setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.