Trafik Ke Pantai Timur Mula Meningkat Hari Ini


KUALA LUMPUR – Jumlah trafik ke Pantai Timur akan mengalami peningkatan bermula hari ini hingga Sabtu.

Sehubungan itu, para pengguna lebuh raya berkenaan diminta mematuhi cadangan waktu masuk ke lebuh raya berkenaan.

Bagi pengguna yang akan ke Terengganu dan Kelantan, mereka dinasihatkan masuk ke lebuh raya itu pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 5 petang hingga 9 malam.

Pengguna lebuh raya yang menghala ke Pahang pula disyor supaya bertolak pada pukul 10 pagi hingga 2 petang atau 7 malam hingga 11 malam.

Waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur masuk ke Plaza Tol Gombak pula pada pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala kesesakan trafik menghala ke barat pula dijangka berlaku secara berperingkat mulai 27 Jun 2017 (Selasa) hingga 2 Julai 2017 (Ahad).

Lantaran itu, pengguna dari Pahang dinasihatkan masuk ke lebuh raya pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Bagi pengguna dari Terengganu pula dicadangkan pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 10 malam.

Pengguna dari Kelantan pula pukul 5 petang hingga 9 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam. – MalaysiaGazette


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.