Shah Rukh Beli Liga Kriket Afrika Selatan

BINTANG Bollywood Datuk Shah Rukh Khan membeli sebuah francais dalam satu liga yang baru ditubuhkan di Afrika Selatan yang dikenali sebagai Twenty20 (T20) Global League.

Memetik laporan portal NDTV, dengan pembelian ini pasukan milik Shah Rukh Khan akan dikenali sebagai Cape Town Knight Riders iaitu satu dari lapan pasukan yang akan bersaing di dalam liga ini.

Selain pelakon terkenal itu, jenama Knight Riders turut dimiliki oleh beberapa pelabur lain, seperti memetik Awani.

Sehubungan itu, mereka turut milik pasukan Kolkata Knight Riders di India dan Trinbago Knight Riders di Trinidad and Tobago.

“Bagi pihak Knight Riders, tahniah kepada kriket Afrika Selatan atas pelancaran T20 Global League.

“Kami sangat berbesar hati anda telah memilih Knight Riders untuk menjadi sebahagian dari Global League,” kata Shah Rukh Khan kepada media antarabangsa.

T20 Global League akan berlangsung pada November dan Disember ini di Afrika Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.