Pimpinan Tertinggi Perlu Campur Tangan

SHAH ALAM – Kepimpinan tertinggi Bersatu perlu mengambil penyelesaian segera bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sayap parti itu, saran Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Menurutnya, parti akan dilanda kemelut dalaman sekiranya perkara itu gagal ditangani segera.

“Parti yang dilanda kemelut dalaman jika tidak ditangani segera akan melihat unsur sabotaj dan besar. Ia hanya mampu bertahan jika ditangani segera,” katanya mengulas mengenai kontroversi melibatkan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dilihat semakin meruncing kini.

Sehubungan itu katanya, mesyuarat jawatankuasa tertinggi perlu segera diadakan untuk menggelak situasi menjadi lebih runcing.

“Kepimpinan tertinggi wajar ambil tindakan segera untuk hentikan agar tidak berleretan kerana ini akan menjejaskan reputasi parti,” ujarnya.

Menurut Sivamurgan, kepimpinan tertinggi parti turut disaran untuk mengenal pasti dalang yang menjadi musuh dalam selimut agar masalah itu dapat dihentikan.

Baru-baru ini, Exco Armada dalam sidang media melancarkan serangan terhadap pemimpin parti itu yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.

Rentetan daripada itu, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh tiga Exco Armada yang melancarkan ‘serangan’ terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai belot.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.