Orang Ramai Serbu Hospital Akibat Kes Gadis Malang Yang Diperkosa Ketika Dirawat

RATUSAN orang mengamuk dan menyerbu sebuah hospital di India selepas berita seorang gadis malang diperkosa ketika dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) menjadi tular baru-baru ini.

Kemarahan warga setempat turut memuncak sehinggakan polis yang menjaga di hospital yang terletak di Uttar Pradesh tersebut turut dibelasah dan dipukul.

Menurut media tempatan, mereka mengamuk setelah mendapat tahu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bernama Akansha dilaporkan dirogol pembantu jururawat dalam hospital itu.

Akasha mendakwa dia dibius sebelum dirogol hingga menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

“Setelah saya dibawa ke ruang ICU, ibu saya mengganti pakaian saya. Malam itu, lelaki tersebut muncul dan mengatakan perlu mengganti pakaian saya kerana basah.

“Saya memintanya untuk memanggil jururawat perempuan atau ibu saya tetapi dia menolak.

“Lalu dia membawa saya ke kamar mandi dan mengatakan tak perlu malu di depannya.

“Dia cuba membuka pakaian saya. Saya lari ke katil dan dia kemudian lari menghilangkan diri,” jelas Akansha.

Bagaimanapun, lelaki itu kembali semula ke ruang ICU itu sebelum menyuntiknya dengan bius hingga menyebabkan dia tertidur.

“Dia mengambil kesempatan di saat saya tertidur. Saya boleh merasakan ada sesuatu tetapi tak dapat berbuat apa-apa kerana di bawah pengaruh ubat bius,” katanya lagi.

Sementara itu, bapa mangsa yang enggan dikenali menyatakan dia turut dihalang berjumpa dengan anaknya namun pada keesokan harinya terkejut melihat keadaan pakaian anaknya.

“Saya melihat keadaan pakaian anak saya dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya bangunkan Akansha dan dia langsung menangis dan menceritakan kejadian yang menimpanya,” katanya.

Difahamkan, gadis itu mendapat rawatan di hospital berkenaan selepas jatuh pengsan ketika menghadiri sebuah majlis.

Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian rogol ini dan suspek masih belum dikenal pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.