Masih Ingat Bintang GLEE, Charice? Kini Berganti Nama Jake Zyrus

Sejak muncul sebagai bintang GLEE, Charice Pempengco berjaya menarik perhatian dunia. Namun pada 2013, dia mengejutkan ramai apabila mengaku dirinya adalah lesbian.

Sejak itu penampilan Charice berubah dengan dia memotong rambut pendek sehingga mirip sperti lelaki.

Baru-baru ini Charice mengumumkan kepada peminatnya bahawa nama barunya kini adalah Jake Zyrus, bukan lagi Charice Pempengco. Pengumuman itu dibuatnya menerusi akaun Twitternya.

Zyrus sendiri sebenarnya muncul sebagai penyanyi remaja yang berjaya memperoleh peminat selepas menyanyikan lagi I Will Always Love You milik Whitney Houston dan My Heart Will Go On dari Celine Dion.

Selain diberi peluang muncul sebagai Corazon dalam GLEE, Jake Zyrus juga jadi penyanyi solo Asia pertama yang berhasil meraih kedudukan dalam top 10 carta album Billboard 200 pada 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.