Komik ‘Gila-Gila’ Edisi Awal Boleh Cecah RM8,000

PETALING JAYA – Tidak mustahil harga senaskhah komik Gila-Gila terbitan pertama boleh mencecah RM8,000, kata pengarah urusan majalah itu Jaafar Taib.

Menurtnya, komik itu yang memuncak popular pada 1980-an itu kini dianggap “rare” dan barang bersejarah yang ada nilai sentimental, seperti memetik Metro.

“Komik lain, contohnya, Superman terbitan pertama pada 1938, dijual pada harga RM3 juta.

“Majalah Gila-Gila era 1978 hingga 1990-an dijual dengan harga RM5,000 untuk dua kotak, itu masih belum luar biasa kerana satu naskhah terbitan pertama dijual dengan harga RM8,000 pun boleh berlaku,” katanya.

Bulan lalu, seorang peniaga dalam talian menawarkan dua kotak majalah humor itu — yang masih bertapak hingga kini — pada harga RM4,900.

“Tidak mustahil, tahun demi tahun harga majalah Gila-Gila boleh melebihi RM10,000 untuk naskhah terbitan pertama,” kata Jaafar lagi, pelukis dan kartunis terkenal.

Editor Gila-Gila Mohd Affandi Ramli pula berkata naskhah awal yang dijual mahal bukan menghairankan kerana ia sudah menjadi barangan bernilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.