‘Kenapa Buat Kesimpulan Jika Siasatan Masih Berterusan’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan kewajaran Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat “membuat kesimpulan” walaupun mengakui bahawa siasatan terhadap 1MDB masih berterusan.

Oleh itu, menteri itu bertanya-tanya sama ada kemungkinan saman pelucuthakan DOJ itu ada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

“Persoalannya mengapa DOJ menerbitkan laporan setengah masak yang belum selesai?” soalnya dalam satu siri tweet petang ini.

“Adakah kerana pilihan raya semakin hampir dan beberapa pihak yang terdesak memerlukan bantuan?” soalnya.

Saman DOJ mendakwa bahawa antara 28 item barangan kemas itu termasuk kalung berlian 22 karat merah jambu bernilai AS$27.3 juta.

Namun, DOJ sedang berusaha untuk merampas barangan kemas bernilai kira-kira AS$10 juta yang dibeli oleh Jho Low dengan menggunakan dana 1MDB yang dicuri untuk model Australia Miranda Kerr dan ibunya.

Berikutan pemfailan pertama DOJ tahun lalu, Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib tetapi berhujah bahawa memandangkan beliau tidak dinamakan dalam dokumen itu, perdana menteri tidak disiasat.

Penyokong kerajaan menuduh mendalangi saman terbaru DOJ itu, manakala Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menuduh Amerika Syarikat cuba menamatkan pemerintahan orang Islam di Malaysia.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.