Jangan Cemar Hari Raya Raya Dengan Jaja Cerita Fitnah

Hari Raya adalah hari untuk semua sanak saudara berkumpul dan menziarahi antara satu sama lain bagi merapatkan silaturahim apatah lagi sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri

Namun apa yang dikesalkan dan tidak masuk akal ialah apabila Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu rakyat negara ini terus membincangkan dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB sepanjang sambutan Aidilfitri.

“Saya memohon kepada golongan muda dan remaja bila balik ke kampung, jumpa ibu bapa, atuk-atuk, nenek-nenek, tolonglah kongsikan cerita ini,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini.

Alangkah tidak munasabah langsung seruan berkenaan. Kita balik kampung untuk bertanya khabar dan bertemu sanak saudara, bukannya untuk membincangkan perkara yang belum dibuktikan di mahkamah pun. Tetapi Syed Saddiq telah menggesa supaya cerita fitnah dan putar belit itu dibincangkan.

Syed Saddiq juga minta supaya perbincangan tertumpu kepada dakwaan bahawa sejumlah AS$ 27.3 juta yang didakwa diselewengkan dari 1MDB telah digunakan untuk membeli barangan kemas termasuk berlian untuk isteri “Malaysian Offical 1 (MO1)”.

Bagaimana hendak membincangkan mengenai isteri MO1 jika DoJ sendiri tidak menyatakan namanya dan tidak berani mendedahkan siapa MO1? Adakah topik perbincangan adalah mengenai kesimpulan semata-mata? Sudah tentu ia akan menjadi fitnah kerana nama yang bakal disebut itu tidak pun dinamakan dalam dokumen DoJ.

Bukan itu saja, pendedahan DoJ ini juga sangat-sangat meragukan apatah lagi ia langsung tidak dirujuk kepada mana-mana pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia .

Sedangkan pihak berkenaan telah menjalankan siasatan dan masing-masing ada ruang perundangan sendiri untuk dikuatkuasakan seperti Akta SPRM dan Kanun Keseksaan.

Jadi tidak perlu kita ikut saranan Syed Saddiq yang sebelum ini digelar sebagai `budak hingusan’ dalam politik oleh orang kanan Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Budak hingusan ini jangan terlalu angkuh kerana dia terlibat dalam politik hanya setahun jagung saja,” kata Khairuddin seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.