Gadis Diraba Lelaki Bermotosikal

KUALA TERENGGANU — Seorang siswi mengadu payudaranya diraba seorang lelaki bermotosikal ketika berjalan bersendirian.

Siswi didatangi lelaki itu berhampiran rumah sewanya di Gong Badak Kuala Nerus, jam 5.45 petang kelmarin, lapor Metro.

Sumber melaporkan, suspek berhenti depan mangsa, bertanya arah sebelum meraba payudaranya lalu melarikan diri.

Mangsa, 21, kemudian membuat laporan di balai polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Ketua polis daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar mengesahkan laporan itu diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.