EON Kaut Untung Atas Angin, PROTON Pula Tanggung Kerugian – Lim Sian See

Daripada penjualan unit kenderaan Proton, kepada caj aksesori dan komisen 0.9% daripada potongan ansuran bayaran bulanan kenderaan, Edaran Otomobil Nasional (EON) dikatakan mengaut keuntungan atas angin daripada penghasilan kenderaan nasional itu.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik rakannya dari Singapura, Rin Kei Mei untuk meneraju EON sebagai sebuah syarikat menguruskan penjualan dan pengedaran Proton di seluruh negara.

“Ya, Proton telah diwujudkan untuk membuat kereta manakala EON juga ditubuhkan untuk menjualnya – yang merupakan perkiraan pelik kerana Proton juga boleh dengan mudah menubuhkan rangkaian pengedarannya sendiri (yang akhirnya dilaksanakan setelah 20 tahun kemudian dikenali sebagai Proton Edar).

“Tetapi ada sesiapa yang pernah bertanya mengapa warga Singapura telah memiliki sehingga 20% kepentingan pengedar kereta nasional EON dari mula lagi dan merupakan Timbalan Pengerusi?” soal LSS.

Katanya, hubungan akrab Dr Mahathir dan Kei Mei juga membawa kedua-dua mereka ke China pada 1997 bagi mencari pembuat enjin kenderaan didalam usaha membina sebuah syarikat penyedia enjin bagi Proton.

Ujar beliau, walaupun ianya tidak berhasil, Kei Mei tetap mendapat keuntungan menerusi jawatannya selaku Timbalan Pengerusi didalam EON menerusi kepentingan syarikat didalam Proton.

Pengarah Pembangunan Ekonomi, Jabatan Hubungan Sosial dan Ekonomi (DESA) Amerika Syarikat, Profesor Jomo K.S menakrifkan harga setiap unit kenderaan Proton kepada EON ibarat harga ‘kawan-kawan’.

“EON juga menikmati keuntungan tinggi daripada menjual kenderaan dengan ‘pilihan wajib’, aksesori atau pilihan yang mahal – sebuah strategi yang jarang dilakukan oleh pengedar, apatah lagi mengenakan caj kepada pembeli.

“Pelanggan yang tidak mahu pilihan oleh EON perlu menunggu dalam tempoh lama untuk menerima kenderaan mereka,” ujarnya dipetik buku tulisannya, ‘THE PROTON SAGA’.

Buku tersebut menyatakan bahawa tambahan 0.9% telah ditokok kepada kadar faedah bank untuk pinjaman kereta dan jumlah ini telah diberikan semula kepada EON oleh bank.

“Jadi, bukan sahaja EON membuat keuntungan dengan Proton daripada harga kilang yang murah, mereka memaksa pelanggan mereka untuk membeli aksesori terlalu mahal, mereka juga memaksa pelanggan mereka untuk memberikan kepada mereka 0.9% dari potongan ansuran pinjaman bulanan mereka selama bertahun-tahun.

“Malah, pelbagai cerita tersebar terdapat ramai pelanggan ketika itu juga terpaksa merasuah jurujual EON yang sangat angkuh jika mereka mahu membeli kereta – menjadikan ramai jurujual EON menjadi jutawan,” katanya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.