Daesh Serbu Sekolah, Pelajar Jadi Tebusan

MANILA – Kumpulan militan Daish menyerbu sebuah sekolah di selatan Filipina awal pagi tadi dan menjadikan beberapa pelajar sebagai tebusan.

Menurut Agensi, polis memberitahu, kejadian berlaku di pulau yang sama di mana pertempuran antara tentera kerajaan dan Daish telah masuk minggu ke lima.

Kira-kira 300 lelaki bersenjata terdiri daripada anggota Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF), menyerbu sekolah di Pigcawayan, Utara Cotabato di Pulau Mindanao.

“Kita boleh sahkan bahawa mereka menawan sekolah berkenaan dan ada orang awam yang terperangkap. Kami sedang dalam proses menentukan berapa ramai tebusan dan identiti mereka,” kata Ketua Polis Pigcawayan, Ketua Inspektor Realan Mamon,lapor Awani.

Pigcawayan terletak 190 kilometer dari selatan Bandar Marawi, di mana militan BIFF, bersama dengan pejuang dari kumpulan Daish lain telah berperang dengan tentera Filipina sejak 23 Mei.

Pesawat dan tentera Filipina telah melancarkan serangan baharu terhadap Daish di Marawi City pada Selasa dan seorang jurucakap tentera berkata tujuannya adalah bagi membersihkan kawasan tersebut sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.