Butik Pakaian Muslimah Milik Puteri Sarah Ditutup

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana boleh dikatakan sudah tidak aktif dalam industri seni dan hanya tumpu perhatian pada perniagaan.

Bagaimanapun, tup-tup dengar khabar butik pakaian Muslimah miliknya di Bangsar, Kuala Lumpur telah ditutup.

Menjawab tanda tanya ramai, Puteri Sarah mengesahkan butiknya itu telah ditutup namun bukan kerana tidak laku.

Jelasnya, butik itu ditutup ekoran kontrak dengan pemilik kedai itu sudah tamat sejak 1 Mac lalu dan perniagaannya itu masih beroperasi tetapi djalankan secara atas talian.

”Bukan kerana tiada sambutan. Kawasan itu strategik dan sentiasa ada pelanggan, cuma kontrak sewa bersama pemilik kedai itu sudah tamat.

”Lagipun kadar sewanya agak tinggi dan meningkat setiap tahun. Disebabkan itu, saya memilih untuk berniaga secara atas talian sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, dia merancang untuk membuka butik lain di sekitar Wangsa Melawati, Kuala Lumpur kerana lebih dekat dengan tempat tinggalnya.

Sarah kini sibuk membesarkan cahaya matanya, Syaikhul Islam yang baharu berusia dua bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.